Pertanian Bandar: Selangkah ke Hadapan untuk Jaminan Makanan
Apabila penduduk dunia kian meningkat, proses urbanisasi bergerak seiring di mana lebih ramai orang dijangka untuk tinggal di bandar. Menjelang 2025, dianggarkan dalam 60 hingga 85 peratus penduduk dunia akan dianggap sebagai penghuni bandar. Di Malaysia, penduduk bandar dijangka akan meningkat kepada 75% pada tahun 2020.
Proses perbandaran yang pesat menarik kemiskinan dan ketidakstabilan makanan di bandar, memandangkan penghuni bandar sebenarnya pembeli makanan utama dan bergantung kepada pendapatan tunai untuk mengakses makanan. Malah, bagi mereka terutamanya golongan miskin bandar, terdedah kepada kejutan harga makanan dan mengalami kesulitan kerana harga makanan yang tinggi, yang akhirnya boleh membawa kepada ketidakstabilan makanan memandangkan makanan menyumbang kepada sebahagian besar perbelanjaan isi rumah bandar.
Pengeluaran makanan sentiasa dikaitkan dengan persekitaran luar bandar. Malah, untuk memberi makan kepada penduduk bandar, diandaikan bahawa kebergantungan kepada pengeluaran makanan luar bandar adalah mencukupi. Walau bagaimanapun, kenyataan ini tidak berapa tepat, kerana pertanian bandar itu sendiri mampu untuk menampung permintaan makanan penduduk bandar memandangkan ianya diamalkan dengan cara yang betul.
Pertanian bandar ditakrifkan oleh FAO sebagai aktiviti pertanian secara menanam, menaikkan, memproses dan mengedarkan produk pertanian tanpa mengira saiz tanah dan jumlah sumber manusia di bandar dan pekan.
Kajian daripada kedua-dua ekonomi maju dan membangun menunjukkan bahawa kegiatan pertanian bandar dapat menyumbang kepada ketersediaan makanan segar dan berkhasiat, pengurangan perbelanjaan pada bil makanan, dan akses langsung kepada pelbagai jenis produk makanan. Kajian di 15 buah negara menunjukkan bahawa aktiviti pertanian bandar berkait rapat dengan jaminan makanan, kepelbagaian diet dan diet bernutrisi yang mencukupi.
Seterusnya, pertanian bandar juga memainkan peranan yang penting dalam masalah perubahan iklim. Ianya boleh menghijaukan bandar dan memperbaiki iklim bandar sambil menggalakkan penggunaan semula sisa organik bandar dan mengurangkan jejak tenaga bandar.
Setelah mengiktiraf kepentingan pertanian bandar, kerajaan Malaysia memberi sokongan penuh terhadap aktiviti ini. Hal ini dapat dilihat daripada pembentukan bahagian pertanian bandar di bawah Jabatan Pertanian Malaysia pada tahun 2010 untuk menggalakkan aktiviti pertanian di bandar bagi mengurangkan kos sara hidup masyarakat bandar.
Universiti Putra Malaysia (UPM) telah merangka dan membangunkan beberapa teknologi pertanian menegak yang mampu dimanfaatkan oleh golongan miskin bandar. Teknologi ini sesuai untuk penghuni flat dengan ruang pertumbuhan yang terhad dan tidak sesuai.
Memandangkan pertanian bandar berpotensi untuk mendapatkan momentum di Malaysia, maka adalah penting untuk melaksanakan strategi yang sesuai bagi memastikan ketersediaan dan kemampuan makanan yang selamat dan sihat, mempromosikan penghasilan makanan sedemikian di kawasan bandar serta mempertingkatkan mata pencarian dalam rantaian nilai. Sumbangan bandar terhadap ketersediaan makanan dan nutrisi yang sihat bagi penduduk bandar merupakan salah satu aset yang paling penting di samping menyediakan sumber pendapatan dan mata pencarian kepada para peserta.
Untuk maju ke hadapan, pencipta polisi perlu mempertimbangkan beberapa pendekatan untuk menjadikan aktiviti ini berdaya maju secara sosial dan ekonomi. Hal ini termasuk memperkenalkan teknologi dan pengetahuan teknologi untuk menanam sayur-sayuran di rumah pangsa dan pangsapuri serta mengenal pasti tanah untuk pertanian bandar kepada penghuni bandar. Hal ini boleh dilakukan oleh agensi kerajaan tempatan yang mana mereka boleh mengenal pasti lot kosong dan menyebarkan maklumat ini secara terbuka serta memberi kuasa kepada pemilik tanah persendirian.
0 comments:
Post a Comment